Sunday, 2 October 2011

Berhijrah Ke Luar Negara (part 1)

Ever heard about Malaysian Diaspora? Mengikut perangkaan dikeluarkan oleh World Bank, lebih dari 1.4 juta rakyat Malaysia yang mempunyai pendidikan tinggi memilih untuk berhijrah ke luar negara. Negara pilihan mereka adalah :

1. Singapura
2. Australia
3. United States
4. United Kingdom


Malaysian Emigrant(bukan Immigrant yer) ini tidak termasuk yang bekerja tanpa permit sah yang satu ketika dahulu heboh dan menjadi pertikaian antara kerajaan Malaysia dan United Kingdom. Full report mengenai brain drain di Malaysia boleh didapati di sini.
Ramai kawan mel masa belajar di UTM dulu bekerja dengan multinational company terutamanya dalam industri Oil & Gas yang bekerja di luar negara seperti dengan Alstom Power, Schlumberger dan banyak lagi. Mereka ini pun tak termasuk dalam kategori Malaysian Diaspora sebab di recruit oleh Company Office yang dibuka di Malaysia.

Bayangkan sebenarnya berapa ramai rakyat Malaysia yang berhijrah untuk mencari rezeki? Apakah faktor yang menyebabkan mereka berhijrah? Mel bukanlah ahli pemikir hebat2 macam Think tanker kat govt Malaysia tu, tapi dari perbualan dan wawancara(wah sbnrnye chatting) dengan mereka yang berhijrah, antara sebab utama adalah:

1. Mencari peluang pendapatan yang lumayan.

Memang tak dinafikan mereka ingin mencari pendapatan yang lumayan di sana. Contoh kalau kerja di Dubai, gaji di bayar dalam US Dollar. Kalau di convert berapa banyak dah? kalau sebulan boleh saving USD200 dah berapa kan? kalau kat Malaysia saving RM200 rasa macam duit tu tak bergerak pon bila habis setahun. Lagi, rumah disediakan company. Tak perlu fikir nak bayar sewa rumah.


2. Working Environment yang lebih Condusive

Ini antara faktor ramai berhijrah ke U.K, Australia kerana working environment yang lebih baik di sana. Pekerja dianggap asset oleh company. Kebajikan mereka dijaga, medical card kebanyakan di provide. Berapa banyak company Malaysia provide medical card di Malaysia?

Sistem pengankutan awam memang bagus, boleh kata setiap blok ada public parking and setiap public parking di link dengan public transport. So traffic jam xlah teruk sangat. Kat Malaysia, banyak yang terpaksa drive sendiri ke tempat kerja. Either kawasan rumah xder LRT atau kawasan office x banyak public transport.

3. Tidak berpuashati dengan dasar di Malaysia (terutama di kalangan non-bumi)

Ramai jumpa member2 Chinese yang kerja di U.S atau Singapore hanya sebab rasa tidak puashati mereka dengan dasar kerajaan. Mereka rasa dianaktirikan di Malaysia walaupon ini negara mereka sendiri. Mungkin bagi tanggapan ramai orang Melayu mereka harus bersyukur dapat jadi rakyat Malaysia tapi kebanyakan yang berhijrah ni excellant student dulu di Malaysia, so ianya bagi Mel adalah satu kerugian bagi negara kita.

Ramai juga dari mereka ni x puashati dengan tycoon chinese di malaysia yang hanya pikir nak perah keringat kita working class nih. So dari menaruh harapan di Malaysia mereka ambil keputusan berhijrah.

4. Living Cost yang reasonable

Mesti ramai yang argue reason ni kan? taraf hidup di U.S dan U.K tinggi kot!!! Macam mana boleh reasonable. Tapi sesiapa yang dah berhijrah mesti percaya ini adalah antara reason kuat menyebaban mereka terus stay di sana. Mel tertarik dengan comparison living cost di U.K yang dibuat oleh DR. Lo' Lo'( Allahyarhamah) mengenai living cost antara Malaysia dan U.K. Mel pon x hingat link dia tapi antara yang diulas, adalah perbandingan kalau anda earn 2000 pound di sana dan RM2000 hidup di Malaysia. Memang tak sama.

tapi mesti argue earn GBP2000 tuh banyak kot!!! tapi itu adalah tangga gaji biasa di sana. Sama macam bagi lepasan universiti di sini kalau baru kerja memang earn lebih kurang RM2000 jerk. Tapi kat sana x perlu pikir nak bayar loan kereta sebab simpan beberapa bulan dah boleh beli cash. Bear in mind, harga kereta di U.K lebih tinggi dari di U.S! Bil utiliti kat sana pon berpatutan, internet cuma GBP20/month.

Pengalaman kawan Mel yang study di Japan, masa study dulu dia biasa kerja sambilan di AM to PM kat sana(rangkaian convenient store yang famous disana). Dia kerja 2-3jam sehari dan nak tahu berapa gaji dia dapat? Convert lebih kurang RM4000! Dengan kerja sambilan dia boleh bayar duit sewa rumah yang = RM1200.00 kat Ichiba Japan, dan keperluan lain.

Sekarang dia kerja di Malaysia, sebabnya nak jaga Ibunya seorang ibu tunggal dan adik beradik lain yang masih ramai bersekolah. Tapi alhamdulillah kerja kat Malaysia gaji dia cecah RM8000/month. Berkat niat baik dia. Budiman Ali namanya(berbudi kan dia). Tapi dia ada meluahkan hasrat untuk kerja di Oversea jika ditakdirkan ibunya pergi suatu hari nanti.


Itulah antara informasi yang Mel dapat kumpul bila bersembang dengan mereka yang pernah kerja, study dan masih stay disana.

Apa komen anda semua? Nak dengar juga komen blogger yang lain.

1 comment:

  1. Saya berminat untuk meneroka peluang pekerjaan di Luar Negara, tp kurang pasti akan prosedur yg dperlukan, as in budget and work permit.. Can you help with some infos?? Kot kot ade info ke kan? bulih mintak share sikit~

    Thanks in advance.

    ReplyDelete