Sunday, 2 October 2011

Berhijrah Ke Luar Negara (part 2)

Sebenarnya banyak lagi faktor-faktor lain yang menyebabkan rakyat Malaysia berhijrah ke Luar Negara. Bagi Mel, berhijrah ini ada pros and con nyer. Dari sudut Islam sendiri Berhijrah itu sangat dialu-alukan asalkan niatnya baik. 


Dengan living cost di Malaysia yang sangat tinggi sekarang, Mel sendiri ingin berhijrah kalau diberi peluang. Bukan hanya sebab living cost, tetapi masalah sosial kat Malaysia ni juga sangat membimbangkan. Terfikir kalaula Mel ada keluarga, macam mana nak bendung ahli keluarga dari terjebak dari masalah sosial yang dah tahap kronik kat sini. 

To start a family, and having a better living quality mel ada beberapa senarai negara yang ingin sangat Mel berhijrah. Antaranya:

1.    United Kingdom 

Antara komuniti terbesar Islam di Eropah dan Barat ada di United Kingdom. Jadi UK lebih tolerant bagi Muslim untuk mengamalkan cara hidup Islam. Become a muslim and living in UK bukanlah kejanggalan dan tidak seperti banyak negara eropah dan barat lain yang mengenakan sekatan yang agak melampau terhadap muslim, UK dianggap syurga Muslim di Barat.


Taraf hidup yang sederhana dan sistem pendidikan yang terbaik, memang sesuai untuk hidup bekeluarga di sana. Bagi pandangan Mel, UK tidak lah terlamapau hedonisme seperti US dan mereka amat menitikberatkan nilai kekeluargaan. Mungkin budaya hidup English Gentleman mereka menyebabkan banyak ciri-ciri hebat dianjurkan dalam Islam itu banyak ada personaliti mereka.

2. United Arab Emirates



Ini pilihan kedua Mel kalau ingin berhijrah, since mel pon kerja dalam bidang Oil & Gas(walaupon cuma company kecik jer) jadi ia memberi peluang pekerjaan yang sangat besar kepada engineer2 haha. Cara hidup disana juga baik bagi Mel cuma kekurangan dari segi sistem pendidikan yang hebat. Oleh itu ia jadi pilihan Ke-2, kalau tak dah jadi pilihan Pertama kot. Apa yang tiada di UAE? Syurga membeli belah, barangan yang murah2 dan berkualiti, dan kos utiliti yang sangat murah.

Memang negara islam jadi cara hidup memang x banyak dugaan, huhu. Cuma untuk hidup mewah di sana mungkin x dapat la tapi mana tau sebab UAE menyediakan banyak sangat peluang dan jalan untuk mengumpulkan kekayaan oleh sebab itu 60% rakyatnya adalah jutawan. Bayangkan!

3. Japan


Mungkin affluent by a few close friends yang study dekat jepun, I felt affectionate about japan Culture.

Ramai Cerdik Agama selalu berkata, jika orang jepun ditakdirkan untuk mempercayai tuhan dan memeluk Islam, terserlahlah betapa indahnya Islam itu kerana amalan hidup yang mereka lalui amat dekat dengan cara hidup yang dikehendaki dalam Islam. Rajin bekerja, pembersih, menghormati sesama manusia dan sopan santun. 

Antara yang menarik bagi saya, seperti diceritakan oleh rakan orang jepun tidak pernah mengatakan sesuatu makanan itu tidak sedap. Mereka amat menghargai makanan walaupon mungkin makanan itu kurang sedap. Betapa mulia disisi itu bagi saya adab orang jepun. yelah makanan kan akan menjadi darah daging kita. Sesuatu yang sukar untuk ditemui ditempat-tempat lain didunia. 

dan yang terakhir mungkin US to live my American Dreams. Bagi anda?


1 comment:

  1. Play Free Slots - JTR Hub
    Free Slots for Desktop 경기도 출장샵 & Mobile · Mobile Slots · Bingo · Blackjack · Poker · Roulette 김해 출장마사지 · Let 사천 출장안마 It 동두천 출장샵 Ride · Poker · Volcanic 영천 출장안마 · American

    ReplyDelete